LATAR BELAKANG


                


     Perniagaan HL BROTHERS INDUSTRIES SDN BHD adalah sebuah perniagaan yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh bumiputera . Ianya telah diperbadankan pada 09 hb Oktober 1993.

     Perniagaan ini telah diasaskan sejak dari tahun 1970an oleh Arwah Mohamed Halil Bin Hj Salleh.Pada awalnya , sekitar tahun 1980an, perniagaan ini mengusahakan produk alatan dapur yang berasaskan kayu untuk pasaran kepada pemborong disekitar Lembah Klang.

     Selepas kematian pengasasnya ,perniagaan ini diteruskan dengan kerja tanggam dan dikembangkan oleh anak-anak beliau (yang juga merupakan ahli lembaga pengarah) kepada penghasilan cabinet dapur,pejabat dan rumah untuk pasaran terbuka dan kerajaan.

     Sejak dari tahun 1995, HL BROTHERS INDUSTRIES SDN BHD  telah berdaftar dengan  Kementerian Kewangan dan sehingga kini ia merupakan panel pembekal Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran bagi perabot sekolah.

     Sesuai dengan konsep e-kerajaan, syarikat juga telah diperbolehkan dengan prasarana yang ada untuk pesanan kerajaan mengunakan eperolehan .
Dengan sokongan padu dari pihak pelanggan,pembekal  dan para pekerja, syarikat akan mengorak langkah lebih jauh lagi di masa akan datang…


KILANG HL BROTHERS INDUSTRIES SDN BHD



PEJABAT HL BROTHERS INDUSTRIES SDN BHD



BILIK MESYUARAT HL BROTHERS INDUSTRIES SDN BHD